Featured By: Nurul Hana July 13, 2023 @ 2:25pm

Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon dan pengacara, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.45 malam tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya sebentar tadi.

“Assalammualaikum, alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan shat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,” tulisnya.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dengan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 May 2023

Slam Mengubat Rindu Peminat Dengan Konsert Nurkasih Ogos Ini

Wah memang tak sabarlah nak tunggu konsert ni

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

JYP Entertainment Denies TWICE Rumoured Comeback Date

South Korea’s top girl group, TWICE has announce their comeback plans for 2018, but the rumoured date is incorrect.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Fri, 21 Oct 2022
Events Thu, 16 Apr 2020
Trending Tue, 20 Aug 2019
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Dalam Diam Ebby Yus Rupanya Dah Kahwin?

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Trending Sat, 23 Oct 2021

Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Haider Mateen

Selebriti sensasi, Elly Mazlein, 40, selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haider Mateen. Pelakon drama bersiri Kampung People ini mengumumkan berita gembira terbabit menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya. “Assalamualaikum.. Alhamdulillah Kak Pom […]

Trending Mon, 7 Dec 2020