Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 2:36pm

3 Kali Tangguh Konsert Dangdut Milenia, Riezman Khuzaimi Tak Kuat Berdepan Kecaman Warganet

Pelakon Riezman Khuzaimi tampil memberi penjelasan ekoran tiga kali berturut-turut menangguhkan konsert dangdut, Konsert Milenia 2023 anjuran Mission Sight Sdn Bhd.

Bertindak sebagai Pengarah Projek konsert terbabit, Riezman berkata, dia tidak kuat untuk berdepan kecaman netizen yang akan mempertikaikan pelaksanaan konsert dangdut tersebut ketika keadaan gawat dengan konflik Israel-Palestin sekarang.

Dia ingin menghindarkan diri daripada bersubahat mengendahkan penderitaan penduduk Palestin.

Baginya, dia akan rasa sangat berdosa jika orang ramai di sini bersuka-ria, bergelek dan berhibur sedangkan penduduk di Palestin berdepan ancaman bom setiap hari.

ā€œTiga kali kami tunda konsert sebab nak hormati Palestin sekarang. Saya menghormati apa yang berlaku di Palestin. Jangan hiburan terlebih,ā€ katanya kepada XTRA.

Riezman ditemui XTRA usai Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam di Starling Mall semalam.

Tambahan pula, dia tidak sanggup membiarkan netizen terus membuat dosa gara-gara menempelak tindakannya mengadakan konsert itu.

ā€œSaya tak berani nak teruskan sebab tak sanggup dikecam. Saya tak nak mereka menanggung dosa itu. Mentaliti rakyat suka mengecam tapi mereka tak fikir yang mereka akan tanggung dosa tersebut,ā€ katanya.

Riezman meluahkan rasa sedih kerana terpaksa mengambil keputusan tersebut dan ingin keadaan kembali reda terlebih dahulu.

ā€œBiar redakan dulu, benda dah mula takkan nak berhenti begitu saja, disebabkan benda lain boleh sahaja langgar tapi disebabkan Palestin saya tak boleh,ā€ ujarnya.

Meskipun menerima gesaan untuk dibatalkan konsert tersebut oleh beberapa pihak, Riezman dan rakan kongsi selaku penganjur bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tindakan tersebut kerana melibatkan risiko kewangan.

ā€œRamai suruh batal tapi tak boleh sebab tidak dapat persetujuan rakan kongsi. Ia melibatkan kewangan yang banyak. Kalau nak batal, kena tanggung kerugian, artis dah bayar dan promosi sahaja dah RM500,000,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, memahami perasaan peminat yang kecewa dan sudah tawar hati dengan konsert tersebut, secara peribadi, Riezman hendak memulangkan semula bayaran tiket yang telah dibeli.

ā€œSaya tahu peminat hampa, kalau saya sendiri, boleh je bayar balik jumlah bayaran tiket yang mereka dah beli tu.

ā€œNanti bila dah konsert secara muktamad akan dibuat, barulah mereka boleh beli semula. Tapi perkara ini perlu dibincangkan dengan rakan kongsi,ā€ katanya lagi.

Dedah Riezman, 1,000 unit tiket sudah terjual.

Ekoran pelbagai isu yang terjadi, dia kini pasrah jika penganjuran konsert terbabit tidak mendapat sambutan hangat serta bakal berdepan risiko kerugian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkanšŸ™„šŸ˜„

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 9 Nov 2021
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Alycia 323 åŠžć€Œęˆ‘äøå®Œē¾Žć€éŸ³ä¹ä¼š

去幓12꜈ęŽØå‡ŗē¬¬äŗŒå¼ äø“č¾‘ēš„Alyciaļ¼Œå°†ę•²å®šäŗŽ3꜈23ę—„äø¾åŠžć€Šęˆ‘äøå®Œē¾Žć€‹éŸ³ä¹ä¼šć€‚