“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan.

Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa bersikap istiqamah dalam apa sahaja yang dilakukan, lebih-lebih lagi pada masa kini.

“Istiqamah itu memang tak mudah. Tetapi, berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita. Kita cari kawan-kawan dan persekitaran yang positif.

“Insya-Allah, emosi kita pun akan jadi positif,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Penyanyi Pop Terkaya Bertaraf Jutawan, Ini Respons Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Kenal Dia Semenjak Berusia 13 Tahun…” – Syura Dah Maafkan Siti Nordiana

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mengakui, dia juga pernah berdepan dengan fasa kecaman segelintir netizen apabila mula berjinak-jinak memakai hijab.

Namun, pelantun lagu Hatiku Milikmu ini tidak pernah tertekan dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya, apatah lagi mnegetahui bahawa netizen sememangnya akan mengharapkan kesempurnaan dari selebriti kegemaran mereka.

“Tertekan itu tidak, tetapi jujur disebabkan expectation saya berusaha untuk jadi lebih baik. Walaupun tidak boleh jadi sempurna namun kita cuba untuk menjadi yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan penyanyi Elyana mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik fotonya tidak bertudung di laman Instagramnya sebelum memaklumkan kepada umum mengenai keputusannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Masalah Pitching Punca Dikritik ” – Ramai Kecewa Persembahan Siti Nordiana Pada #AJL36

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Memang Saya Iri Hati, Dari Dulu Saya Dah Buat” – Syura Tolak Dakwaan Cemburu Dengan Kejayaan Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin