“Mereka Akan Diseret Jugak, I Don’t Care!” – Diva AA Sebak Sering Dihina Orang Ramai

Pengacara kontroversi, Azwan Ali mengakui sedih kerana sering dihina oleh orang ramai ketika di temu bual dalam program Melodi.

Baru-baru ini, Azwan terpalit dengan kontroversi dimana dia menghambur kata-kata kesat kepada pelakon, Azza Elite gara-gara sejadah yang ditempah lambat siap di akaun Instagramnya.

Sehubungan itu, Melodi telah menemu bual kedua-dua mereka bagi mendapatkan kenyataan masing-masing secara berdepan.

Ketika ditemu bual, Azwan meluahkan perasaan sedih dan marah kerana sering dihina oleh orang ramai dan meminta orang yang menghina dirinya itu berada ditempatnya.

“Orang cakap aku gini-gini… I really angry sebenarnya diorang akan diseret jugak, I don’t care! We are sharing the truth. Bila ada yang hina tu you put yourself in my shoes sebab I tahu I tak ada masalah dengan Azza.

“Cara kita membuatkan orang fikir buruk-buruk. This air mata bukan air mata down tapi air mata blessed yang Melodi nampak. May God bless each and everyone of you, agreed our point whether you side Azza or side me,” luahnya kepada Melodi.

Walaubagaimanapun, sejak pertemuan secara berdepan dalam Melodi, Azwan dan Azza masing-masing telah memohon maaf dan berdamai.

Terdahulu, Azwan turut memberi kenyataan bahawa dirinya telah disihir oleh artis wanita veteran.

Sumber: Youtube Melodi

Atiqah Johari