[VIDEO] “Terbaik Berani Buat Stunt Sendiri!”- Uqasha Senrose Terjun Laut Tanpa Guna Stuntman Buat Ramai Tergamam!

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mencuri perhatian netizen setelah membuat satu tindakan berani sehingga mengejutkan krew-krew produksi termasuklah direktor drama adaptasi Aira Khan terbitan bambam studios.

Video berdurasi 2 minit 41 saat itu memaparkan Uqasha mengambil tindakan sangat berani dengan mencabarkan dirinya untuk terjun ke dalam laut demi membuat aksi stunt semasa penggambaran berlangsung.

Pautan video pendek yang diambil daripada sesi siaran langsung milik direktor drama tersebut di Instagram miliknya kemudian dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok.

Aksi spontan yang dipamerkan Uqasha ternyata sangat tidak disangka-sangaka, meskipun direktor yang dikenali sebagai, Khanmancung dan krew produksi telah melarangnya untuk tidak terjun, namun katanya aktres jelita itu mahu terjun juga.

Menurut direktornya, suasana air laut pada ketika itu sangat deras dan berombak, serta kawasan dimana Uqasha terjun itu sangat dalam.

Menerusi video tersebut, suami tercinta Uqasha iaitu Kamal Adli turut berada di lokasi kejadian tampak sangat tenang semasa isterinya berani membuat stunt tersebut.

Difahamkan, direktor telah menyediakan seorang stunt man untuk melakukan aksi terjun Uqasha itu terlebih dahulu, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu memilih untuk melakukannya sendiri.

Bagaimanapun, pasukan bomba dan penyelamat turut disediakan sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji selebriti kegemaran mereka kerana berani untuk mencabar dirinya menjadi seorang pelakon yang keluar daripada ‘zone’ sendiri.

Aqilah Paharuzi