Categories: HiburanSelebriti

‘Dah Cari Guru Mengaji Ke Belum?’- Reaksi Baim Wong Ini Amat Mengejutkan!

Pelakon Baim Wong antara selebriti yang aktif di sosial media termasuklah menjalani aktiviti vlog sejak mendirikan rumahtangga dengan model, Paula Vanhouven.

Lebih menarik perhatian, Baim juga dilihat rajin membalas komen pengikutnya di Instagram.

Apa yang mengejutkan, Baim menerima saranan daripada salah seorang pengikutnya yang menasihatkan agar segera menghantar isterinya ke kelas mengaji. 

Dengan selamba, Baim menjawab secara ringkas ‘Ok bos, saya  laksanakan!’ 

Pelakon sinetron itu turut memaparkan perbualannya bersama wakil dari kelas mengaji yang dipilihnya itu.

Rata-rata pengikut Baim memuji tindakannya yang pantas dan segera melakukan tugas sebagai seorang suami. Apapun, you memang WIN kali ini, syabas Baim!

Baim Wong selamat bergelar suami kepada model Paula Verhoeven pada 22 November tahun lalu di The Tribata, Jakarta, Indonesia.

SGMS Faida