Dah Jumpa Calon Isteri, Along Cham Sedia Akhiri Zaman Duda

Selepas bercerai pada tahun 2016, pelawak Along Cham mengaku sudah bertemu calon pengganti.

Kata Along ketika ditemui di majlis iftar anjuran Mawi World Entertaint baru-baru ini, pelakon filem Tiada Tajuk ini tidak berselindung dirinya sudah sedia untuk berkahwin semula.

“ Calon dah ada cuma untuk umumkan siapa orangnya, saya belum sedia lagi. Masih terlalu awal untuk diwar-warkan.

“ Kalau boleh saya pun nak kahwin cepat. Insha Allah, doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kalau jadi, saya pasti beritahu media,” katanya kepada Xtra.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad pernah berkahwin dengan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia, Zila Seeron pada Januari 2010 dan bercerai pada Ogos 2016.

Mereka memiliki seorang anak lelaki bernama Ahmad Danial, 8.

Wartawan lokasi: Najmi 

SGMS Faida