“Dah Nak Hujung Tahun 2022, Masih Begini Lagi Mentaliti…” – Pilih Rupa Berbanding Bakat, Azhan Rani & Amerul Affendi Bidas A Aida

Susulan kenyataan mengenai dirinya lebih memilih rupa paras berbanding bakat untuk menerajui drama atau filem, penerbit Datuk A Aida menerima kritikan ramai.

Beberapa rakan artis juga turut tampil memberi teguran dan pandangan mengenai mentaliti penerbit tersebut, antaranya pelakon popular, Azhan Rani dan Amerul Affendi.

Azhan Rani atau nama sebenarnya, Azhan Abdul Rani, 46,  menerusi ciapan di Twitter berkata, walaupun tahun 2022 hampir tiba ke penghujungnya namun, mentaliti karyawan sebegini masih wujud malah turut disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

 

Sementara itu, pelakon berbakat besar Ameerul Affendi juga dilihat rancak memberikan pendapatnya supaya  pihak universiti menamatkan sahaja kursus lakonan memandangkan salah seorang ahli lembaga pengarah FINAS sudah mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi.

Terdahulu, isu ini hangat diperkatakan dalam susur masa media sosial selepas A Aida memaklumkan agar semua pihak tidak mempertikaikan caranya ini.

“Dari dulu lagi saya memang menggunakan formula ini yang mana untuk watak hero perlu kacak, sado dan muda. Kalau dulu memang susah nak cari sampai kena tunggu jadual pelakon itu lapang. Apatah lagi kalau dia memang pelakon popular.

“Sekarang, saya tak perlu membuang masa tunggu mereka lagi. Sebab sudah ada ramai pelakon muda yang memiliki kriteria itu. Berikan mereka peluang. Tidak semua pelakon baharu itu berlakon tak bagus atau ‘kayu’. Tinggal lagi kita kena gilap bakat lakonan mereka.

“Di samping skrip yang bagus, saya akan memastikan pelakon mesti kacak dan jelita untuk menarik penonton dan juga dengan lagu tema yang kena dengan jalan cerita.

“Macam drama terbaharu yang syarikat saya nak terbitkan, ada watak yang kita tak jumpa pelakon sesuai. Saya memang nak watak ini seorang lelaki ‘elok’. Jadi, pasukan saya membuat sesi uji bakat yang dikendalikan oleh pengarah, Riza Baharuddin. Bagi saya ini semua proses untuk mencari pelapis.

“Bukan bermakna saya tidak menawarkan kepada pelakon sedia ada. Macam selalu saya tekankan, ia bergantung kepada tuntutan watak. Kalau watak hero, perlulah yang sedap mata memandang dan penampilan menarik. Watak ‘second lead’ pun perlu seiring juga.

“Saya tidak mahu ada mana-mana pihak yang mempertikaikan cara saya ini. Sebab, bagi saya ini yang penonton kita mahukan selain jalan cerita yang menarik. Macam drama saya, boleh dikatakan pakej. Dari pengarah, skrip, jalan cerita dan pelakon, semuanya kita berikan yang terbaik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Watak Hero Perlu Kacak, Sado & Muda” – A Aida Pentingkan Rupa Elok Untuk Drama Terbitannya

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Bermusuh Dengan Dia” – A Aida Ulas Isu Saman Pelakon

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Artis Gara-Gara Pilih Rupa Untuk Jadi Pelakon, A Aida Anggap Kriteria Relevan Sebab…

Salma Syahbuddin