[VIDEO] “Kau Dah Melampau!” – Kenang Kisah Dipukul Dengan ‘Hanger’, Sajat ‘Kantoi’ Dengan Ibu Makan Pil Besarkan…

Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat dilihat berkongsi kisah mengenai dirinya yang didakwa mengambil pil untuk membesarkan payu dara.

Menerusi sebuah video perkongsian yang di muat naik seorang individu di TikTok, Sajat sedang menceritakan pengalamannya dipukul oleh ibunya apabila ‘kantoi’ mengambil pil tersebut ketika sesi siaran langsung (live).

“Abang I paling mulut jahat… ubat apa tu mak? Entah-entah ubat ini kot yang dia makan yang besar t***k dia tu.

“Lepas tu mak I tengok, ni ubat apa ni Jat? Hah Jat?,” ceritanya.

Tambah Sajat, maknya merupakan seorang pembantu makmal dan arif mengenai hal ubat-ubatan.

“Mak saya kan pembantu makmal, of course lah dia lebih pandai kan, dia kan bahagian makmal… ni ubat apa ni?,” katanya.

Untuk melindungi perkara sebenar, Sajat memberitahu kepada ibunya bahawa pil yang diambilnya itu adalah paracetamol.

“Mana ada mak, ubat ni Panadol… saya boleh cakap Panadol.

“Yelah yang biji-biji putih tu Panadol lah mak, kau Jat… kenapa Panadol dia ada hari-hari dia? Hari Khamis, hari Isnin,” kongsinya sambil ketawa.

Namun begitu, setelah ibunya mengetahui mengenai pil tersebut ibunya bertindak membuang ubat tersebut dan memukulnya sehingga tinggalkan kesan berbirat di badannya.

“Nak menipu mak ayah kan… macam la orang tua-tua tak tahu kan. Nak hidup nyah.

“Kau jangan bohong aku, kau ingat aku tak tahu ini pil apa? Ini kau makan kan yang t***k kau besar kan?

“Apa lagi mak aku… zap zap zap hanger dua tangan. Kau ni dah melampau! Kecil-kecil tak nak kena pijak.

“Habis mak kena pukul nyah… dah macam cerita Embun dah.

“Ingat lagi kena zap zap zap dengan rotan dengan hanger,” katanya lagi.

 

Atiqah Johari