Rindu Masakan Sendiri, Nabila Huda ‘Request’ Lesung Batu Ketika Di Bali Buat Ramai Terhibur – “She Dah Buat Kecoh Sampai…”

Pelakon hebat, Nabila Huda memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan perbualannya dengan pekerja sebuah vila ketika sedang bercuti di Bali bersama keluarga di akaun Instagramnya.

Apa yang mencuri perhatian ialah Nabila dilihat bertanyakan mengenai lesung batu kepada pemilik dan pekerja di vila tersebut untuk di pinjam kerana merindui masakan air tangan sendiri.

“Korang ada tak pagi-pagi sejenis group chat dengan owner dan pekerja vilaa pasal lesung batu?

“She boleh eh sebelum sampai Bali, she request lesung batu… she sudah buat kecoh sampai orang kena google gambar lesung batu,” tulisnya.

Pelakon drama Terlerai Noktah itu mengakui bahawa dia merindui nasi goreng yang dimasaknya sehingga menyebabkan kehilangan mood kerana tidak dapat makan masakan sendiri.

“Apa saja lah si Nabila Huda ni ek! Ok so, kalau bangun pagi mintak lesung batu maknanya apa?

“Maknanya she dah rindu nasi goreng she lah! I’m very happy here but I miss my homecook… Mood dah mula drop sebab tak dapat masak masakan sendiri,” ujar Nabila.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet termasuk rakan selebriti terhibur dengan hantaran Nabila gara-gara mencari lesung batu.

Atiqah Johari