Daiyan Trisha Menangis Terharu Terima Hadiah Dari Peminat Kanak-Kanak – “Betapa Bermaknanya Benda Ni…”

“I’m now banning 10 years-old from giving their things to me cause it will ruin my life,” luah pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha selepas menerima hadiah daripada seorang peminat yang berusia sekitar 12 tahun.

Menurut Daiyan, dia tersentuh dan terkejut apabila melihat barang-barang yang diterimanya daripada peminat cilik itu yang di antaranya merupakan alat tulis dan pelekat.

“Saya memang selalu dapat hadiah dari peminat. Alhamdulillah, terima kasih dan saya hargai semua hadiah-hadiah yang anda semua bagi. Tapi hari ni saya nak share sebab saya dapat daripada seorang kanak-kanak perempuan ni yang saya rasa dalam lingkungan usia 11 atau 12 tahun. Nama dia Aisyah.

”Bila saya buka hadiah ni, tak tahulah kenapa sensitif sikit bulan Ramadan ni. Saya tersentuh sebab semua ni barang kegemaran dia.

“Obviously, benda ni bukan untuk orang dewasa. Tapi faham tak barang dia suka ni dia bagi pada saya.

”Faham tak betapa bermakna benda ni bagi seorang kanak-kanak. Diorang tak banyak barang, tapi diorang bagi dekat saya,” katanya.

Tidak mampu menahan sebak, Daiyan turut menangis dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu.

”Thank you Aisyah, saya harap awak dapat banyak rezeki dan dapat banyak duit raya. Thank you sebab suka dekat akak.

“Terima kasih untuk hadiah ni, saya suka sangat. I love you. Thank you Amira sebab bawa adik awak,” ujarnya.

@daiyantrisha22i’m now banning 10 year-olds from giving their things to me cos it will ruin my life ps thanks aisyah kak daiyan loves you x♬ Thank You for Being You – OctaSounds
Fatin Nurain