[VIDEO] “Kalau Post Fasal Kerja Susah Payah Shooting, Orang Tak Hargai Pun” – Nazim Othman

Aktor kacak, Nazim Othman mencuri perhatian warga maya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nazim berkongsi sebuah video yang memaparkan rutin dirinya dipercayai di sebuah gimnasium.

Video berdurasi pendek itu memperlihatkan tubuh badannya yang sasa serta berotot.

Malah, aktor itu turut mengenakan tuala tanpa berbaju ketika di bilik persalinan.

Ternyata perkongsian bekas pramugara itu mendapat perhatian ramai apabila telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 2300 komen.

Sedar ruang komen dihujani pelbagai reaksi, Nazim akui muat naik sebegitu senang meraih tontonan berbanding hantaran fasal kerja.

“Ye, kalau posting macam ni selalu kelajuan cahaya masing-masing komen. Kalau post fasal kerja susah payah shooting, orang tak appreciate pun. Begitulah manusia,” balas Nazim kepada komen netizen.

Menjengah ke ruangan balas lagi, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Nazim itu.

Rata-ratanya seolah-olah kagum melihat kekacakkan Nazim.

 

Khairil Khusyairi