Dakwaan Dah Kahwin, Tunang Justin Bieber Mula Bersuara

Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi tumpuan paparazzi Hollywood. Ke mana atau apa saja yang mereka lakukan, pasti menjadi tajuk utama media antarabangsa.

Penyanyi terkenal Justin Bieber dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya yang merupakan seorang supermodel, Hailey Baldwin, baru- baru ini.

Namun hal ini disangkal oleh Hailey dalam satu kenyataan di Twitternya.

“ Isu kahwin hanya rekaan semata-mata. Ia hanya spekulasi. Saya belum berkahwin!,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, pasangan ini memang telah memberikan kenyataan akan berkahwin tidak lama lagi, malah Hailey sendiri telah memberikan bayangan konsep tropikal dalam hutan untuk persandingan mereka nanti.

Laporan TMZ memberitahu pasangan ini mendapatkan sijil perkahwinan pada hari khamis lalu di New York City courthouse secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun rakan rapat. 

Nah… spekulasi rupanya! Justin Bieber & Hailey masih bertunang dan belum berkahwin. Yang pasti, majlis perkahwinan mereka ditunggu-tunggu peminat seluruh dunia. 

SGMS Faida