Dakwaan Hidup Susah, Betul Ke Ni Mak Jah?

“Anak-anak marah seolah-olah saya minta simpati orang, saya dah sihatlah!” luah pelakon Maimunah Ahmad atau Mak Jah.

Keluhan Mak Jah susulan ada laporan media tempatan mendakwa dia hidup susah dan menderita akibat kanser.

Pada 2014, Mak Jah yang dikenali melalui pelbagai drama antaranya Fatimah Juling dan Halimah Jonganh, disahkan mengidap kanser rahim tahap satu.

“Itu cerita tahun 2016 dan tiba-tiba cerita itu dibangkitkan kembali. Saya tak nak minta duit sesiapa dan minta sedekah.

“Duit untuk beli ubat-ubatan masih ada, walau pun tak banyak tapi syukur ada rakan-rakan yang beri sumbangan.

“Saya hanya minta semua yang mengenali saya untuk sedekahkan Al-Fatihah apabila saya meninggal dunia nanti, itu saja,” kata Mak Jah.

Dia turut terkilan ada yang menghina persatuan Seniman dan Yayasan Kebajikan Artis Tempatan (YKAT) seolah-olah tidak membantu meringankan bebannya sebelum ini.

Padahal pihak-pihak terbabit antara terawal yang datang menghulurkan sumbangan.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida