Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Pelakon, Fahmy Reza mengakui sedang mengenali hati budi usahawan kosmetik, Joy Revfa.

Sudah mengenali bekas isteri Hafiz Hamidun sedari dulu lagi, Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

“Benar… kami sedang mengenali hati budi. Seandainya ada jodoh pada masa hadapan, saya terima dengan hati terbuka. Namun, buat masa ini, kami masih lagi berkawan.

“Saya dan Joy sudah berkenalan lama kerana berasal daripada Kuantan, Pahang tetapi menjadi semakin rasa baru-baru ini saja. Jika diikutkan, saya sendiri belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai hubungan kami.

“Malah, saya juga tidak pernah memuat naik sebarang gambar kerana menganggap masih awal untuk berbuat demikian. Jika ada berita baik nanti, pasti akan dikongsikan kepada umum,” katanya kepada Xtra.

Pelakon yang baharu saja menamatkan kontraknya bersama syarikat pengurusan MIG menjelaskan, dia tidak mahu dikenali kerana kontroversi saja.

Terdahulu, nama Fahmy dikaitkan dengan Joy apabila usahawan kosmetik itu sering memuat naik foto bersama seorang jejaka misteri yang dikaburkan wajahnya.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Fas