Hiburan By: SGMS Enal May 14, 2018 @ 5:38am

Dakwaan Tak Masuk Akal, Bodyguard Kylie Jenner Beri Penjelasan!

Sejak beberapa hari lalu tersebar dakwaan mengatakan pengawal peribadi Kylie Jenner iaitu Tim Chung mungkin merupakan bapa kandung kepada anak perempuan Kylie, Stormi Webster.

Tak tahan ditohmah sedemikian, Tim kemudiannya menjawab gosip tersebut agar tidak lagi dikaitkan dengan cerita tidak masuk akal itu di laman Instagram miliknya.

“Saya seorang yang sangat berahsia dan tidak akan membalas mana-mana komen atau cerita yang tidak masuk akal.


“Dengan penuh rasa hormat terhadap Kylie, Travis dan anak perempuan mereka, saya mahu menjelaskan yang hubungan saya dengan Kylie adalah profesional sebagai seorang majikan dan pekerja sahaja.

“Ini adalah komen balas saya yang pertama dan terakhir berhubung isu ini,” katanya.

Sebelum ini tular apabila sekeping gambar menunjukkan wajah Stormi dan Tim yang kelihatan cukup seiras sehinggakan ramai ragu-ragu adakah benar Travis merupakan bapa kandung kepada anak Kylie.

Kylie dan Travis berpacaran sejak April tahun lalu. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka pada 1 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Hiburan Sun, 7 Apr 2019
Featured Wed, 7 Dec 2022

Zaquan Adha Bagi Hint Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam?

Wah betul ke ni? Tahniah! Lepas ni dah cukup nak buat team bola sepak

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Hiburan Mon, 13 Jan 2020