Dapat Anting-Anting Mewah, Priyanka Chopra Bakal Jadi Menantu Kesayangan?

Nampaknya kemeriahan majlis perkahwinan pasangan selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra masih belum reda diperkatakan.

Selepas isu bunga api menjadi bualan hangat netizen di India, Priyanka Chopra dilaporkan menerima hadiah mewah daripada ibu mertuanya, Denise Jonas.

Menurut laporan Daily Mail, Priyanka menerima sepasang anting-anting berjenama dari Perancis, Van Cleef & Arpels yang berharga AS$ 79,500 ( RM 330,665). 

Menurut laporan media antarabangsa, difahamkan bentuk anting-anting seperti gambar di bawah ini.

Anting-anting 6.7 karat itu dipilih sendiri oleh Denis di mana ia diperbuat daripada 170 butir permata gabungan emas dan berlian. 

Pasangan Jonas dan Priyanka diraikan dalam sebuah majlis resepsi penuh gemilang di Umaid Bhavan di Jodhpur, India, sabtu lalu.

 

SGMS Faida