Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Dalam diam-diam rupanya ada kejutan buat bakat hot mommy ni! Pagi tadi, kawan-kawan rapat selebriti, Elfira Loy atau lebih mesra dengan panggilan El ini telah mengadakan satu kejutan untuknya di restoran If Only, Jalan U-Thant sebelum bersalin. Mereka telah dengan senyap-senyap merancang ‘baby shower‘ untuk El dan semestinya kejutan ini tidak dijangka kerana El bakal melahirkan anak sulungnya awal bulan depan. 

“Jarang orang buat baby shower hujung-hujung ni hahahahha, my friends are rare,” tulis El dalam instagramnya. 

Baca: ‘Saya Tak Boleh Bau Benda Wangi’- Elfira Loy Kongsi Pengalaman Hamil

 

El atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anwar pada 1 Januari yang lalu dan disahkan hamil selepas 4 bulan berkahwin. Ini lah yang dinamakan rezeki!

Walau bagaimanapun El masih berahsia tentang jantina anak sulungnya itu. Apa-apapun, team Xtra ingin mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan kelahiran bayi sulung El dipermudahkan yang Esa. 

Del14