Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira.

“Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua.

“Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk dan begitu seterusnya.

“Macam saya selalu perdengarkan surah Yassin setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur. Alhamdulillah, lama-lama sudah boleh hafal.

“Kaedah sama saya buat pada Aisyah sebab otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar,” katanya.

Menurut Umie lagi, apabila anaknya itu boleh membaca nanti, dia akan terus ingat.

Pelakon filem Dukun itu berpendapat pendekatan itu diharap dapat mendidiknya menjadi manusia lebih baik.

“Anak mendidik saya menjadi manusia yang mendekatkan diri pada Allah. Ya lah, sebab kita memohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

Oleh: Guy Masaki

Del14