Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Mohon Doa Peminat

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah terkejut apabila darah mengalir dari mulut dalam kuantiti banyak ketika itu dia sedang duduk dan tidak melakukan apa-apa.

Pelakon drama Istikharah Cinta itu menganggap situasi itu mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi atau mungkin berpunca daripada cuaca panas.

“Saya sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu dan terlampau terkejut sebab duduk seorang diri di rumah.

“Jadi saya terus post di laman sosial sedangkan saya sihat walafiat. Tidak ada batuk pun. Saya menghubungi mak, dia cakap mungkin sebab kurang minum air atau badan panas. Apa pun, minta-minta dijauhkan dari benda buruk.

“Saya rasa salah satu punca juga adalah stress. Apa pun, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan saya akan update semua. Mungkin ini adalah dugaan dan ujian, saya terima dengan hati yang terbuka,” dedah Nonny di Instagramnya, pagi tadi.

Dia turut kelihatan mengalirkan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat dan memohon mereka turut mendoakan kesihatannya.

“Saya tak sangka kamu semua sangat supportive. Terlalu banyak doa yang saya terima. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian dan kita dapat berpuasa dengan sempurna. Insya Allah.

“Doakan juga saya tabah menghadapi segala dugaan dan ujian, supaya saya beristiqamah dan paling penting doakan kesihatan saya. Sejak akhir-akhir ini saya banyak fikir dan stress. Saya dalam fasa untuk memotivasikan diri untuk jadi kuat,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal