Tak Terkesan Dengan Komen Netizen, Scha Alyahya Buang Sifat Baran!

Seiring peningkatan umur, pengacara dan pelakon terkenal Scha Alyahya mengaku tidak lagi mudah terkesan dengan tulisan netizen di media sosial.

Kata Scha ketika ditemui XTRA, jika dahulu dia mudah terasa hati sekiranya terbaca penulisan negatif tentang dirinya, kini tidak lagi.

“ Kalau dulu, setiap kali saya terbaca komen negatif mengenai saya atau keluarga, saya akan terus tweet dan meluah perasaan.

“ Sekarang ini saya rasa lebih terkawal dari segi emosi lebih-lebih lagi sejak bergelar ibu. Banyak benda yang perlu saya fikirkan daripada melayan hal-hal yang sepatutnya tidak perlu dilayan,” katanya ketika ditemui di majlis kempen “Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya” bersama produk  rangkaian Downy Natural terbaharu di gedung Mydin Mall Subang baru   baru ini.

Ibu kepada Lara Alana ini juga mengingatkan netizen di luar sana bahawa selebriti juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih.

“ Tipulah kalau nak tunjuk gembira je di media sosial. Adakala kami pun tidak kuat membaca komen tidak sedap dibaca. Kami pun manusia biasa sama seperti anda.

“ Cuma hampir sedekad berada dalam industri seni, saya sudah belajar mengawal situasi. Bila menjawab di media sosial, saya akan jawab dalam cara paling diplomatik dan menerapkan elemen positif,” ujarnya yang hanya akan mengambil kira kritikan membina.

SGMS Fas