DATO SITI NURHALIZA ADA AKAUN PALSU?

Untung jadi Dato Seri Siti Nurhaliza, ramai betul peminat yang prihatin perihal penyanyi kesayangan mereka ni. 

Baru-baru ini menerusi Instagram peminat kelab Sitizoners, satu amaran telah dikeluarkan berhubung akaun palsu Siti Nurhaliza!

Biasalah bila dah popular macam Siti ramailah yang nak menumpang nama dan buka akaun palsu. Ish!

Jadi Sitizoners mengambil langkah melindungi penyanyi kesayangan mereka dengan memberi amaran kepada si pelaku yang tak bertanggungjawab itu. Jaga-jaga okay individu berkenaan, ramai yang sedang memerhatikan awak!

Buat pengetahuan semua, laman rasmi Facebook milik Dato Siti menggunakan nama Siti Nurhaliza, manakala di Instagram pula: ctdk. Tidak ketinggalan di laman Twitter, bakal ibu ini menggunakan nama CTNurhaliza11.

Jadi kalau anda ternampak akaun yang namanya lain daripada nama di atas, maknanya itu bukan milik Dato Siti tau! 

Malah Siti menerusi laman Instagramnya turut berkongsi amaran yang dipaparkan oleh Sitizoners dengan caption ‘HARAP MAKLUM’. Jadi anda janganlah cuba mengeruhkan keadaan dengan ‘rekaan’ yang tak berfaedah ini ok?  

 

SGMS Fas