Tahun Baru Cina kali ini pastinya disambut muram oleh produser, Mejar (K) David Teo yang kehilangan ayah tersayang, Teo Tuan Ching, akibat kanser paru-paru pada Rabu lalu, di kediamannya di Segamat, Johor.
David yang popular dengan ucapan pantun setiap kali berbicara turut melahirkan perasaan sedihnya melalui pantun yang dimuat naik ke Instagramnya.
Pantun empat keratnya berbunyi:
‘Bunga Melati di atas palang
Sungguh cantik berseri-seri
Sedihnya hati bukan kepalang
Kini ayah tiada disisi.”
Pantun tersebut dimuat naik sebagai tanda ucapan terima kasih kepada semua sahabat handai dan kenalan yang mengucapkan takziah kepadanya.
“Semoga semua diberi kesejahteraan olehNya,” tulis David.
Semasa hayatnya, mendiang Teo, 89, tinggal bersama David di Kota Kemuning sebelum pulang ke Segamat kira-kira dua minggu lepas.
David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.
Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.
Takziah Mr. David daripada kami semua di xtra.com.
Kredit foto atas: Sinar Harian
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza