Categories: AutomobileTECH

HARGA MINYAK TURUN!

Sempena minggu cuti perayaan Tahun Baru Cina ini, pengumuman harga minyak turun sudah tentu disambut baik oleh seluruh rakyat  Malaysia apatah lagi ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Seperti yang semua ketahui, harga bahan api jualan runcit bertukar setiap minggu. Dan untuk minggu kedua di bulan Februari 2018 ini, harga minyak adalah seperti berikut:

Harga petrol RON95 turun kepada RM2.23 seliter ( – 10 sen)
Harga petrol RON97 turun kepada RM2.50 seliter ( –  11 sen)
Diesel turun  kepada RM2.19 seliter ( – 12 sen)
Diesel Euro 5 turun kepada  RM2.29 seliter ( – 12 sen)

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

Semua sedia maklum bahawa mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan telah berkuat kuasa sejak bulan April 2017.

Barangkali, inilah pengumuman dan ‘hadiah’ terbaik bulan ini bagi pemilik otomobil semua. Jangan lupa isi minyak penuh pada malam 21 Februari 2018 nanti ya, sebelum pengumuman baharu berkuatkuasa.

SGMS Fas