Debaran Makin Terasa, Jangan Lupa Tonton ASK 2019 Malam Ini!

Malam ini, peminat bakal menyaksikan karya seni mana yang layak diangkat sebagai antara terbaik! 

Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang terdiri daripada 14 kategori drama, tujuh kategori filem serta sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Istimewanya, malam ini penonton tidak akan jemu melihat wajah pengacara yang sama sepanjang acara berlansung. 

Ini kerana, pentas ASK 2019 bakal diserikan dengan pasangan selebriti yang menjadi pengacara di setiap segmen berbeza.

Ketika penulis hadir ke sesi raptai penuh ASK 2019 pada malam tadi, terasa vibe ‘romantis’ itu ketika berada di dalam dewan. 

Akan ada kejutan yang bakal berlaku pada malam ini juga. Penonton bakal menyaksikan pasangan selebriti yang sebelum ini digosipkan bersama bersanding di pentas utama. Wah, siapa agaknya? 

Pendek kata, sebuah malam yang sarat dengan cinta apatah lagi dengan persembahan selingan daripada pasangan Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Datuk Jamal Abdillah, Sissy Iman, Santesh dan Ayda Jebat.

Jangan lupa terus ‘melekat’ di depan kaca televisyen menyaksikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 yang bersiaran di Tv3 bermula jam 9 malam ini. Tengok jangan tak tengok ok! 

SGMS Faida