Demi Content, Ria Ricis Buat Hal Lagi! Bawa Followers Live Instagram Ketika Kencing

Nama pempengaruh media sosial Indonesia, Ria Ricis nampaknya bukan lagi baharu dalam kalangan netizen.

Ini kerana, beliau pernah muncul dengan siri kontroversi nya apabila dikecam hebat saat menari pada majlis perkahwinannya bersama Teuku Ryan pada November tahun lalu.

Namun, berbeza pula kali ini apabila Ria dikritik sekali lagi kerana bertindak meneruskan siaran ‘live’ di instagram miliknya ketika sedang membuang air kecil.

 

Memetik laporan Liputan6, difahamkan Ria bertindak sedemikian ketika sedang rancak berborak bersama pengikutnya. Namun, tiba-tiba dia berasa ingin membuang air kecil dan bingung sama ada perlu menghentikan siaran ‘live’ nya itu atau sebaliknya.

“Sebenarnya saya mahu kencing, tapi tak mungkin semua ikut saya kencing. Namun, saya pun tak mungkin tinggalkan kamu semua.

“Kalau saya tinggal yang sudah menonton nanti keluar. Jadi apa kata kalian semua ikut sahaja saya masuk ke tandas. Tapi kamera saya terbalikkan ya. Kalian teman saya buang air kecil,” katanya.

Justeru itu, tindakan Ria mendapat kritikan hebat netizen yang menyifatkan dia sanggup membuang rasa malunya itu semata-mata demi ‘content’ media sosial nya.

“Astaga…boleh tinggalkan sekejap IG Live nya, tak perlu bawak sampai ke tandas. 

“Demi content sampai sanggup buat macam ni…” tegur netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang turut membandingkan perilaku antara Ria Ricis dan juga kakaknya yang juga seorang pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Oki Setiana Dewi.

 

 

Sumber:Liputa6, @lambegosiip

Salma Syahbuddin