Jalani Pembedahan Appendix, Uyaina Arshad Mohon Doa Kesembuhan Dirinya & Baby – “Appendix Belum Rupture, Tak Dapat Bayangkan Kalau..”

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad mendedahkan dia baru sahaja selesai membuat pembedahan appendix semalam.

Uyaina yang kini sedang hamil trimester kedua itu meluahkan rasa syukur appendix yang dialaminya tidak pecah.

“Syafakillah Uyaina & Baby . Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah,” tulisnya.

Menurut Uyaina, dia berasa sangat sakit sehingga tidak boleh bergerak terutamanya di bahagian kanan perutnya.

“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit.

“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward.

“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin,” tulisnya lagi.

 

Di hantaran yang sama, Uyaina sempat memohon pengikutnya untuk mendoakan kesihatannya dan anak dalam kandungan.

“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai rakan selebriti dan pengikutnya yang menzahirkan kata-kata doa buat Uyaina dan anak.

Artikel Berkaitan: “Raja Syahiran Mengidam Nasi Kandar, Coconut Shake, Roti Canai Di Kedah” – Kandungan Uyaina Arshad Kini Memasuki Trimester Kedua

Aqilah Paharuzi