Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Juara F1 tujuh kali kemenangan dunia, Lewis Hamilton berada di Kuala Lumpur semalam bersama rakan sepasukan baru Mercedes AMG Petronas F1, George Russell.

Sumber dari dalam mengatakan bahawa Lewis dan George datang ke Kuala Lumpur untuk program Petronas Welcome Home Programme dan akan bertolak balik sama ada malam tadi atau hari ini.

Lewis yang memuat naik video dan foto bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas di Instagram Story petang semalam menulis dia pertama kali berada di tingkat paling atas selepas sepuluh tahun bersama Petronas.

“Selepas sepuluh tahun bersama Petronas, ini pertama kali saya berada di tingkat paling atas. Pemandangan yang mengagumkan Kuala Lumpur, bandar ini sangat cantik seperti orang Malaysia juga.

“Kepada sesiapa yang belum pernah melawat (Malaysia), kamu patut datang,” tulisnya.

Menurut akaun Instagram Careta.my, mereka juga dilihat berada di stesen minyak Petronas di Ampang.

Pemandu F1 itu baru sahaja selesai berlumba untuk Australian Grand Prix yang berlangsung pada hujung minggu lepas di Albert Park Grand Prix Circuit di Melbourne.

Perlumbaan tersebut merupakan podium pertama George untuk Mercedes manakala Lewis berada di tempat keempat, hanya tiga saat dibelakang rakan pasukannya itu.

Setelah mengharungi pelbagai rintangan ketika ujian pusingan musim pertama dan kedua, pasukan ini sangat berpuas hati dengan penambahbaikan semasa perlumbaan ketiga di Melbourne.

Pasukan F1 seterusnya akan bergerak ke Italy untuk Emilia Romagna Grand Prix di Autodromo Enzo e Dino Ferrari pada 24 April.

Sumber: The Vibes

Maya Basir