Demi Nak Nampak Kurus, Saharul Ridzwan Sunting Gambar Isteri Sampai Bengkok!

Kasihankan isterinya yang mengadu badan kelihatan berisi di dalam foto, pelakon Saharul Ridzwan bertindak untuk menyuntingnya dahulu sebelum foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagramnya. 

“Bila nak muat naik gambar, kena dapat kelulusan bini dulu. Dia kata badan nampak berisi. Sedangkan tengah mengandung lima bulan. 

“Okay, kita suntingkan dia bagi nampak kurus ye sayang,”tulisnya sebagai kapsyen entri tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya merasa lucu melihat foto yang disunting kerana badan isteri Saharul iaitu Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir yang sedang hamil lima bulan bukan sahaja nampak kurus, malah sampai bengkok!

 

Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2017 dan hasil dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali yang menginjak usia 3 tahun dan kini mereka  sedang bersedia menunggu kelahiran cahaya mata kedua pertengahan tahun ini. 

 

Kredit Foto: Instagram @saharulridzwan

Del14