“Tercucuk, Dah Masuk” – MK Menggelupur Tengok Jarum?

Penyanyi rap MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan (24) dari kumpulan K-Clique menjadi ‘bahan’ netizen apabila fotonya menerima suntikan tular di laman Twitter.

Foto-foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @benygtersakiti menunjukkan MK seakan mengelak dan menutup mata apabila disuntik. 

Walaupun ada ramai peminat MK yang terhibur dengan gelagatnya dan memanggilnya ‘comel’, ada segelintir netizen mengambil kesempatan itu untuk mengenakan MK yang baru-baru ini tular kerana pengakuannya yang suka memakai ’emas’ walaupun tahu ianya berdosa. 

Baca: “Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex” – Caprice Backing MK K-Clique?

“Macam mana boleh takut dengan jarum. Dengan Tuhan relaks je.”

“Dalam lirik lagu bukan main “setan pun ku tendang”

“Hari tu sembang macam dan bersedia nak masuk neraka, dengan jarum pun menggelupur” antara komen-komen yang ditinggal netizen di ciapan tersebut. 

Perkongsian itu sehingga kini mendapat 5,700 ulang kicau dan 6,800 tanda suka daripada warga Twitter. 

Kredit Foto: Twitter @benygtersakiti

Del14