Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Selepas bergelar isteri pada 18 Januari lalu, pelakon popular Elly Mazlein atau lebih popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sekali lagi diraikan dalam majlis sambut menantu yang cukup meriah.

Majlis resepsi yangd diadakan di Kuala Krai, Kelantan menyaksikan Kak Lina disambut dalam suasana meriah oleh ahli keluarga suami, Cikgu Azlan dan sahabat handai. 

Memetik laporan Harian Metro, Kak Lina bersyukur lima majlsi persandingannya bersama suami berjalan lancar. 

“Ramai saudara mara dan sahabat handai terutama rakan suami yang hadir meraikan kami. Terasa sungguh kemeriahannya untuk majlis ini dan cuaca pun sangat baik,” katanya. 

Tambahnya, majlis itu juga diadakan dalam suasana kampung dan penuh dengan tradisi.

“Kemeriahannya memang istimewa kerana saya dapat merasai kenangan majlis keramaian di kampung. Ada kompang, ada proses memasak beramai-ramai, karaoke dan ada deejay yang mengendalikan majlis,” katanya.

Tambah Elly, dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

“Saya, suami dan anak kami, Putri Sara Sefhia meluangkan masa dari jam 1 tengah hari hingga 3.30 petang untuk melayan semua tetamu,” katanya.

Majlis menyambut menantu ini adalah majlis kelima selepas majlis merisik, bertunang, malam berinai, akad nikah dan resepsi yang berlangsung sebelum ini.

Elly dan Azlan yang juga guru sekolah di Puchong bernikah pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

SGMS Faida