Categories: LIFESTYLE

3 Cara Elak Sembelit Anak Tanpa Guna Ubat

Penting untuk ibu bapa tahu bahawa sembelit bukanlah dikategorikan sebagai penyakit kerana situasi ini adalah normal.

Jadi, untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, doktor ini berkongsikan cara untuk anda kurangkan masalah sembelit dalam kalangan anak-anak tanpa menggunakan ubat. Ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung. Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :

1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.

2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.

3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.

Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.

Sumber : Dr. Zubaidi Hj Ahmad

SGMS Enal