Dengan Sekali Lafaz, Anita Baharom Sah Bergelar Isteri Kepada Engku Isyamuddin

Pelakon Anita Baharom, 39, dengan sekali lafaz telah sah bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, pada jam 11.50 pagi hari ini.

Anita telah dinikahkan oleh abangnya, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berbentuk tiga dinar emas.

Majlis akad nikah itu telah berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City Subang Jaya yang dihadiri lebih 100 orang tetamu.

Memetik laporan BH Online, majlis istimewa tersebut di mulakan dengan acara khatam al- Quran oleh pengantin lelaki.

Untuk info, Anita sudah mengenali suaminya sejak 2017, namun mula berhubung selepas tamat tempoh edah Mei lalu.

Ketika ditemui BH Online, Anita meluahkan rasa syukur majlis yang telah dirancang sejak sebulan lalu telah berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini. Tidak ketinggalan ahli keluarga yang membantu dalam memastikan kelancaran majlis hari ini,” luahnya pada BH Online.

Terdahulu, Anita merupakan isteri kepada penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail.

Arwah suaminya itu telah dijemput Ilahi pada 1 Januari lalu.

Sumber & Kredit Foto: BH Online

Atiqah Johari