Anak Wawa Zainal Dipuji Buat Solekan ‘Wednesday Look’, Tapi Ramai Kurang Senang Dengan Lagu Latar – “Tolong Faham Lirik Sebelum…”

Pelakon Wawa Zainal berkongsi sebuah video memaparkan anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiya sedang menata rias wajahnya dengan solekan di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Hayla menunjukkan caranya mengenakan solekan pada wajah.

Lebih menarik, solekan tersebut persis tata rias pelakon dalam drama komedi popular Wednesday, Jenna Ortega.

“Wednesday make up look,” tulis Wawa dalam video tersebut.

Hayla yang mengenakan pakaian serba hitam itu turut membuat tarian Wednesday seusai siap bersolek.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Hayla yang mengenakan solekan tersebut. Malah, ada juga warganet mengatakan solekan Hayla itu seperti anak patung.

Namun, ada juga warganet yang mempersoalkan tindakan Wawa membiarkan anaknya itu mengunakan lagu yang dikatakan mempunyai unsur pemujaan Jesus.

Sebelum ini tular mengenai lagu Bloody Marry mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan dan agama lain.

Wednesday merupakan drama bersiri popular yang ditayangkan dalam platform penstriman Netflix sejak November lalu.

Khairil Khusyairi