Putus Cinta Selepas 4 Tahun Bersama, Riena Diana Mahu Perbaiki Diri – “Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa…”

Pelakon, Riena Diana, 25, mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan status terkininya kembali solo selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasih hati, Nik Afiq.

Aktres drama komedi Kampung People ini memuat naik hantaran di Instagram story menjelaskan bahawa dirinya tidak bersedia untuk kembali bercinta lagi.

“Single and not ready to mingle. Mungkin akan perbaiki diri sendiri dan berubah ke lebih baik. Saya harap semua orang akan faham dan marilah kita maju ke hadapan.

“Saya okay sebab dalam perhubungan akan lalui proses ini dan perkara ini normal. Tak mudah untuk saya untuk berkongsi perkara ini tetapi saya tak nak orang kaitkan lagi dengan sesiapa,” tulisnya di Instagram Story.

Memetik laporan Gempak, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Zulrael berkata mereka berpisah secara baik dan tidak menunding jari antara satu sama lain.

“Kami berdua putus dengan cara baik, tiada pun gaduh-gaduh besar. Punca pergaduhan saya tak akan kongsikan.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini, buat masa sekarang saya anggap tiada jodoh antara kami.

“Dia seorang lelaki yang baik, cuma mungkin saya rasa kami tidak serasi. Untuk waktu sekarang, saya nak fokus dulu dengan perkara yang lebih penting,” katanya.

Sebelum ini, Riena pernah mendedahkan bakal berkahwin dengan Nik Afiq selepas empat tahun berkenalan, namun hajatnya tidak kesampaian dan terputus di tengah jalan.

Artikel Berkaitan: “Doakan Urusan Berjalan Lancar” – Hampir 4 Tahun Kenal Hati Budi, Riena Diana Bakal Bernikah Tahun Depan

Aqilah Paharuzi