11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 2022 jam 8.40 malam. Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka,“ ujarnya.

Menurut Oktovia, dia bersyukur dikurniakan seorang lagi zuriat setelah 11 tahun melahirkan anak lelaki pertamanya dan akan menjaga serta mendidik dengan sebaiknya.

“Selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang. Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.

“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah. Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka,” tulisnya lagi.

Bukan itu sahaja, Oktovia turut memberi ucapan khas dan berterima kasih kepada suami tercintanya, Khairul Efsan.

“To my love, @khairulefsan Thank you for being my partner, and a father to my daughter. You are special to me every day. You are my strength. May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!” tulisnya.

Untuk info, Oktovia mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain hasil perkahwinan pertamanya.

Selepas itu, Oktovia mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Khairul Efsan pada 21 Disember tahun lalu.

Dharnieya Nur Amelsa