Categories: HiburanSelebriti

Diana Danielle Kongsi Tips Lawan ‘Anxiety Attack’

Bertarung dengan kebimbangan melampau sejak dua minggu lalu, pelakon Datin Diana Danielle berkongsi cara dia menangani masalah itu bersama pengikut di Instagram.

Isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu terbuka berkongsi beberapa langkah dalam proses penyembuhan.

“One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously.

“Makanan bernutrisi yang menyokong badan kita yang kerja keras setiap hari. Bila badan tak cukup zat, it can send mixed signals to the brain dan boleh jadi hormonal imbalance yang menyebabkan badan kita huru hara,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Hanyut itu memberitahu masalah yang dilalui itu membuatkan dia sukar bernafas selama beberapa hari dan ia sangat menakutkan.

“Beberapa hari ini saya mengidam untuk makan sup—sup sayur, sup protein dan banyak lagi. Banyak betul angin keluar dari badan. Beberapa bulan kebelakangan ini, berat badan D juga turun sekitar 10 kg dan D jadi addicted to coffee (kopi berangin tak bagus) sampai minum 5-6 cawan sehari.

“Bila minum kopi D jadi tak lapar and selalu skip meals. Kadang terminum kopi past 9pm so tidur pun 3-4 am. This lifestyle yang membawa padah. Stress level dalam badan tak turun yang boleh jadikan kita tak boleh tampung semua yang kita nak kena buat hari-hari,” katanya. 

Terdahulu, Diana menerusi satu muat naik, semalam berkata, dia berdepan gangguan dengan tanda awal seperti tapak tangan berpeluh, sukar tidur, dada berdebar, kurang rehat dan hilang selera makan.

SGMS Faida