Diasak Netizen Dedah Wajah Tuah Alam, Ini Respons Padu Isteri Remy Ishak – “Anak Saya Makcik Pula Yang Panas”

Isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof tampil memberikan respons selepas diasak netizen untuk mendedahkan wajah anaknya, Tuah Alam.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ezza telah memuat naik video anaknya bersama pelakon pujaan Malaya itu yang kini sudah mencecah usia tiga bulan.

Namun, pasangan itu lebih selesa untuk tidak mendedahkan cahaya mata sulung mereka itu.

”My only son’shine 3 months old today! Anak ayah Tuah Alam,” tulisnya.

Teruja melihat perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya memujuk Ezza untuk mendedahkan ‘wajah emas’ Tuah itu di ruangan komen.

Ezza bagaimana pun tertangkap untuk membalas salah satu komen netizen yang menghentamnya kerana enggan mendedahkan wajah si kecil itu.

“Buat apa ditutup muka tu baik jangan tunjuk!,” komen netizen.

”Anak saya makcik pula yang panas,” balasnya spontan.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Tuah Alam.

 

 

Fatin Nurain