Rumah Tangga Syamsul Yusof Didakwa Musnah, Yusof Haslam ‘Kunci Mulut’ – “Lebih Baik Diam Takut Dia Terasa Hati”

Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan komen lanjut selepas berita mengenai perkahwinan anaknya, Syamsul Yusof bersama Ira Kazar tular.

Menurutnya, dia tidak mahu memberikan apa-apa komen lanjut berhubung gosip tersebut dek kerana bimbang kenyataannya akan menggoreskan hati anaknya itu.

“Saya tak boleh nak cakap banyak sama ada dia kahwin lain atau cerai ke sebab tak tahu berita yang tular ini sahih atau sebaliknya.

“Lebih elok diam saja. Saya tidak komen bimbang dia terasa hati,” katanya.

Memetik laporan mStar, pengarah filem box office Sembilu itu berkata, dia sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya, justeru gosip tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Isteri saya pun tidak tahu sama ada dia sudah bercerai atau berpisah kerana kami sudah lama tidak berhubung.

“Isteri pun cakap lebih baik diam takut kalau saya bercakap orang akan salahkan Syamsul,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Yusof, 69, turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu walaupun mengakui hubungan mereka sudah semakin renggang.

Terdahulu, isu panas ini tular selepas timbulnya dakwaan mengatakan bekas madu seorang aktres popular telah diceraikan melalui pesanan WhatsApp oleh suaminya yang juga seorang pengarah terkenal.

Malah, ‘hint’ yang diberikan juga tertumpu kepada pengarah terkenal filem epik Kebangkitan Pahlawan: Mat Kilau itu bersama isterinya, Ira Kazar.

Artikel Berkaitan:“Itu ‘Isteri Tidak Berdaftar’, Jadi Saya Tiada Komen” – Ibu Syamsul Yusof

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tahu! Baru Balik Jakarta” – Isu Syamsul, Ira Cerai… Puteri Sarah Enggan Komen

Artikel Berkaitan: Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Artikel Berkaitan: “Papa Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Bapa Kau Dah Tak Ada, Baru Kau Nak Cari” – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: “Dia Nak Madu Ke Atau Dimadukan, Itu Bukan Urusan Saya” – Yusof Haslam Komen Spekulasi Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin