Buat Kerja Gila! Mas Khan Selamba Berpakaian Seperti Wanita, Tampil Dengan Nama Masyitah Sempena Halloween

Pelakon Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan tampil membuat kerja gila mengenakan pakaian seperti wanita sempena sambutan Halloween.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Mas Khan menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Mas turut tampil dengan nama barunya, Masyitah serta lengkap dengan solekan tebal dan berambut palsu.

“Hi nama saya Mas Khan. Opps, sorry nama saya Masyitah. Okay saya nak bagitahu dengan korang, saya buat kerja gila sikit this time,” katanya.

Terkejut dengan penampilan pelakon lelaki itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa musykil dan mengecam tindakannya itu di ruangan komen.

 

Fatin Nurain