Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Mac 2019 adalah diantara bulan yang dinantikan oleh para peminat kerana beberapa artis bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Antaranya adalah majlis perkahwinan di antara pasangan artis Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime. 

Majlis sepatutnya berlangsung pada Ahad ini dibatalkan pada saat akhir. Atikah berkongsi di sosial media Instagram dan Insta Story 

Atikah berkongsi didalam status dimana tidak cukup kuat untuk berjuang dalam cinta,  sudah habis berkerja keras untuk menjadikan perhubungan ini sebagai suami isteri.

Terima kasih pada Awi kerana senantiasa menjaga dan mengambil berat sewaktu bergelar tunang. Atikah berharap hubungan antara mereka tidak berhenti dan kekal bersahabat

Kata Atikah, Awi merupakan lelaki terbaik yang selama ini didambakan olehnya dan turut berterima kasih kepada keluarga bekas tunangnya itu yang sentiasa ada di sisinya selama ini.

“Tidak mudah bagi saya menerima apa yang terjadi kerana saya sangkakan mampu membaiki segalanya dalam saat-saat akhir namun ini pula yang terjadi,”ujar Atikah.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.

SGMS Enal