Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung khabar angin yang mendakwa dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada pada Sabtu ini.

Memetik laporan mStar, Hafidz tidak menafikan dan memaklumkan akan berkongsi tentang perkara tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

“Tunggu sahaja nanti. Saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, bapa tunggal kepada dua orang anak ini juga menyedari berita perkahwinan itu sedang menjadi bualan orang ramai di media sosial.

“Jika ada yang ucapkan tahniah, terima kasih saya ucap kembali. InsyaAllah ada berita baik nanti saya kongsi,” jelasnya.

Terdahulu, tular kad undangan majlis perkahwinan Hafidz dan Athira yang bakal berlangsung di sebuah dewan di Selangor pada 16 Disember ini.

Menerusi kad undangan berkenaan, tertera nama Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 6 Bulan Bercerai, Hafidz Roshdi Bakal Berkahwin Dengan Athira Yuhada Sabtu Ini?

Nama Athira sebelum ini pernah dipetik kerana didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir