“Sila Beringat! Jangan Perasan Sangat… Tak Ke Mana Pun” – Amy Mastura

Pelakon dan penyanyi Amy Mastura menyifatkan segala pujian yang diterima soal awet muda adalah sebagai peringatan baginya.

Menurut laporan Harian Metro, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi berkata, dia enggan berlapang dada sebaliknya bersyukur.

“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.

“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!

“Tak ke mana pun sebenarnya, menuju ke arah yang sama saja. Namun, buat sementara ini, Alhamdulillah.. Itu saja yang dapat saya ucapkan,” katanya.

Terdahulu, nama Amy sentiasa meniti di bibir peminat kerana sering menerima pujian seperti pelakon filem popular Puteri Impian itu kekal awet muda.

Untuk info, Amy mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000.

Hasul perkongsian hidup, mereka mereka mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi