Didakwa Difitnah Bekas Suami & Pelakon Wanita, Lufya Omar Buka Siasatan Lanjut Untuk Bela Diri Dan Anak – “Saya Sabar Dan Reda Tapi…”

Beberapa jam lalu, penyanyi dan pelakon, Lufya Omar memuat naik beberapa keping foto yang memperlihatkan dirinya berada di mahkamah dan laporan polis.

Menerusi hantaran Instagramnya, Lufya mendedahkan bahawa dia difitnah oleh seorang pelakon wanita dan bekas suaminya dengan mendakwa dirinya menganggu, memfitnah pelakon tersebut malah dia juga didakwa membuat kecoh dan mengganggu bekas suami di klinik.

Artikel Berkaitan:2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! – “RM300-RM500 Tak Relevan”

Kata Lufya, dua individu tersebut telah menyusahkannya dari segi masa, tenaga, wang dan tugasnya sebagai ibu tunggal serta sengaja untuk menjatuhkan reputasinya dengan memalukan dan memfitnah dirinya.

“Laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Lufya tidak boleh terima sama sekali.

“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan mengganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.

“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya mengganggu dan memfitnah aktres baru. Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan mengganggu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

Artikel Berkaitan: “Saya Dihina, Saya Diam” – Jawab Dakwaan Ganggu Lufya, Julia Farhana Buka Mulut.. Buat Laporan Polis 7 November Lalu!

Bukan itu sahaja, Lufya turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mengganggu bekas suami di klinik dan dia menjelaskan bahawa dia ke klinik tersebut kerana anaknya demam dan ingin bertemu dengan bekas suami.

“Saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku (laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya),” jelas Lufya.

Susulan itu, Lufya membuat keputusan untuk membuka siasatan lanjut selepas mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis dan ke mahkamah bagi mendapatkan pembelaan ke atas dirinya dan anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Allah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anak…”- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

Artikel Berkaitan: “Nak Kahwin Silakan! Tapi Terus Terang, Saya Kesian Dengan Dia”- Lufya ‘Blocked’ Juliana Farhana, Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Lagi

Atiqah Johari