“Kuat Demi Yem & Som” – Makin Kritikal, Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Setakat ini keadaan pelakon versatile Nad Zainal dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Malah rakan-rakan artis serta peminat dramatis ini tidak putus-putus menitipkan doa agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan segera.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

Sementara itu, menerusi hantaran Instagram Stories (IGS) milik bekas suaminya, Muhammad Faliq Amirudin, dia dilihat memuat naik foto Nad mengenakan tudung berwarna putih beserta kapsyen memohon agar Nad terus kuat demi anak mereka, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

“Awak kuat, saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya.

Sebelum ini, Faliq memaklumkan dia sempat berjumpa Nad di rumahnya sebelum dimasukkan ke hospital namun pada ketika itu Nad kelihatan agak lemah.

Untuk rekod, Nad dan Muhammad Faliq berkahwin pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan mereka sudah bercerai pada September lalu.

Salma Syahbuddin