“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri.

Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai.

“Saya nak exposure, nak orang tengok! Saya paling utamakan untuk orang senang nampak, macam orang buka TV, terus tengok, jadi ia lebih worth it.

“Berbaloi dengan masa yang saya habiskan di set penggambaran dan membuat kajian dalam sesebuah watak kerana saya mahu orang tengok hasil lakonan saya,” jelasnya.

Nabil ditemui XTRA sewaktu sesi fotografi drama Budak Tebing 3 di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Tambah Nabil, dia harus bijak mengurus masa biarpun sibuk dalam lakonan kerana bekas peserta Hero Remaja ini juga aktif dalam bidang peragaan.

“Selain aktif dalam bidang lakonan, saya juga masih menerima tawaran modelling untuk beberapa jenama. Tak susah mana pun untuk membahagikan masa.

“Kalau client minta tarikh dan ketika itu saya ada shooting, saya akan cakap tidak boleh. Kalau saya berkelapangan dan tiada sebarang penggambaran drama, saya akan cakap boleh sahaja,” ujarnya.

Halimey Zamal