Didakwa Ghairah Menari Dengan Pakaian Seksi Dengan Alasan Tahan kentut, Da’i Fuad Tegur Baby Shima

Kontroversi melibatkan penyanyi dan pelakon, Baby Shima masih hangat diperkatakan.

Selepas kisahnya tular gara-gara menerima mesej lucah, kali ini lain pula ceritanya apabila kemunculannya dalam satu majlis Rumah Terbuka baru-baru ini mendapat respon negatif dalam kalangan netizen.

Malah, ia juga turut mencuri perhatian pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad Mokhtar yang menegur penyanyi itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Saya selalu turun berdakwah di Indonesia dan saya tahu pasaran hiburan disana berbeza. Disana hiburan mereka lebih berani malah terkadang menyambut israk mikraj pun ada yang sanggup menari.

“Pernah di tempat saya berkuliah agama namun konsert dangdut berhampiran bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat “Ayuh Goyang Mas” geleng kepala saya waktu kuliah,” katanya.

Tegasnya lagi, di Malaysia agama Islam dijaga oleh mufti dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Justeru itu, adabnya masih terpelihara.

 

Oleh itu, Da’i Fuad menasihatkan sebagai seorang artis dan ikon kepada generasi muda pada zaman ini, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, harus menunjukkan contoh teladan yang baik dan sentiasa peka terhadap maruah diri sendiri.

Terdahulu, Baby Shima tampil menolak dakwaan bahawa tindakannya itu sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan menganggap tarian gelek itu bukanlah satu isu besar.

Beliau juga sempat berseloroh bahawa tindakannya itu adalah mahu menahan kentut semata-mata.

 

 

Sumber: Facebook, Kosmo, Instagram

Salma Syahbuddin