Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Penyanyi Mimi Fly menolak dakwaan kononnya dia kini sedang menjalin hubungan sejenis dengan rakan baiknya yang juga pempengaruh media sosial, Ain Ramli.

Katanya menerusi temu bual bersama program Melodi, dia dan Ain memang seratus peratus ‘straight’ dan hubungan kedua-duanya sudah seperti adik-beradik.

“Hubungan saya dengan dia (Ain) rapat sangat-sangat, dah macam adik-beradik.

“Mereka yang cakap kami ada hubungan ‘sejenis’ itu tak mengerti cara persahabatan yang terjalin ini,” ulasnya.

Sementara itu, Ain juga memaklumkan dia dan Mimi adalah kawan baik sahaja dan bukan seperti yang didakwa.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norisham berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan lagu terbaharunya yang dijangka akan menemui peminat selepas syawal nanti.

Malah, sebagai seorang anak seni yang sudah berkecimpung dalam industri sejak 16 tahun yang lalu, Mimi mengaku perjalanan untuk kekal relevan dalam industri pada masa sekarang sangat berbeza jika dibandingkan ketika awal kemunculannya dulu.

“Actually bukan sukar dia cuma perjalanan tu sedikit berbeza daripada masa kita mula-mula berkecimpung dalam industri dulu.Sekarang lebih kepada influencing, kepada sosial media dan ini sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk kita release kan kreativiti kita.

“Alhamdulillah, saya sekarang dalam makmal sedang masak lagu.. insya-Allah lepas raya akan menemui anda semua,” kongsinya.

 

Salma Syahbuddin