Didakwa Merajuk & Lari Dari Rumah, Ini Penjelasan Anna Jobling

Pelakon Anna Jobling menjelaskan dakwaan dia merajuk dan lari dari rumah berikutan perselisihan faham dengan ibunya.

Memetik laporan Berita Harian, Anna menyifatkan dakwaan tersebut adalah satu fitnah terhadapnya sekali gus menjatuhkan kariernya.

“Mana ada saya berselisih faham dengan ibu sampai lari dari rumah. Saya sibuk dengan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus 2 sejak Januari. Saya ada membaca komen dalam Twitter, takkan saya mahu melakukan perkara seperti itu?

“Biasalah, orang bila tak puas hati banyak fitnah yang akan ditabur. Ini pun ada beberapa lagi fitnah yang timbul mendakwa saya melakukan sesuatu yang tidak saya lakukan,” jelasnya.

Tambah bintang drama Melur Untuk Firdaus ini lagi, dia berasa sedih dengan fitnah yang dibuat namun mengambil sikap tidak peduli.

“Saya sibuk dengan kerja dan bila perkara seperti ini timbul, saya mengambil langkah tidak melayannya. Lantaklah.

“Lagipun, perkara ini turut dilalui orang lain dan bukan pelakon sahaja. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa orang yang tak kenal saya sanggup menabur fitnah.

“Tak dinafikan, rasa sedih juga, tetapi bila fikir balik, tak perlulah nak layan perkara seperti ini. Lagipun, saya tidak kenal pun individu yang mereka-reka cerita,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi