Keputusan Belum Diketahui, Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Di Hospital Bahagia

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi telah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia semalam atas perintah Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada perbicaraan pada 13 Mac lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Akberdin Abdul Kader yang merupakan peguam Hafidz mengesahkan bahawa anak guamnya itu telah menjalani rawatan namun keputusan belum dikeluarkan.

“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.

“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma dipihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh rawatan Hafidz diberikan kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Sebelum ini, Hafidz diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia untuk menjalani rawatan psikiatri yang dikeluarkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Hafidz didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di bahagian muka sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka.

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Akur Dapatkan Rawatan Psikiatri

Artikel Berkaitan: “Saya Jaga Erat Aib Awak” – Dakwa Isteri Canang Fitnah, Hafidz Roshdi Beri Surat Terbuka Untuk Nurul Shuhada

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari